Thursday, June 19, 2008

Dugaan Allah

Semalam aku cuti sebab banyak perkara yang perlu diselesaikan.

Pagi semalam, tiba di KL agak awal.. lepak dulu sebab taknak sampai KWSP terlalu awal.. Pagi ke KWSP uruskan untuk bayar yuran... Lega sebab tak ramai orang dan pegawai kwsp tu memang cekap ler.. Lepas tu, aku pun teruskan mission ke UPM, pergi bayar yuran.. dah settle, gi pulak unit rekod utk buat semakan gred.. pun dah settle. Cuma perlu pass assignment je lagi.. Aku call Dr, tanya dia kat mana.. seboleh-bolehnya aku nak hantar terus kat dia.. senang, tak ler hilang lagi nanti.

Aku yang malang

Sampai kat kete, aku tak lengah lagi.. masuk dan terus undur... yelah, dah lambat nanti lecturer tu blah pulak.. kang tak pasal2 markah aku takde.. penat aku siapkan... tetiba.. kebaboooomm.. eh silap.. bangggggggggg... ada teksi sudah sondol belakang aku daaaa.. aduihhhh.. kete aku.. huaaaa huaaa.. tapi aku control macho lagi.. mission utama aku perlu aku settlekan dulu..

Aku kuar dari kereta masih control comel le.. pakcik.. cool down ekkk apapepun ikut saya dulu..saya nak kena jumpa lecturer ni.. ni lagi penting nihh.. pasal exam. Pakcik tu pun mengekor le kat blakang kete aku.. sambil drive aku pening gak pikir.. camne aku nak bayar pakcik ni.. aku ada RM300 je dlm poket... kete aku.. huaaa kete aku.. Aku lebih pikirkan kete aku sebenarnya.. baru dua bulan aku pakai.. takpelah.. nak buat macam mana.. aku yang cuai tadi.. lagipun mungkin ada aku buat silap.. tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk....

Lepas settle ngan lecturer (tq Dok.. banyak bantu saya)... aku pun follow blakang pakcik ni.. dia berkeras nak repair kete kat UK (bukan united kingdom). Tak kisahlah.. sian pulak.. dah la dari tadi follow aku.. aku pun ikut kan je la.. Sampai je kat kedai cina pomen AU3 tu.. dia mula kuar tanduk.. nak tukar semua baru.. mana boleh jadi ni.. ni amik kesempatan ke atas pompuan yang comel namanya ni.. Aku yang dari mula berlagak cool mula dah menggelegak.. aku sound pakcik tu.. "Pakcik nak saya tlg bayar ke tak.. kalau tak, saya buat police report, claim insurans.. satu sen pun ko jgn nak merasa duit aku kasimmmm" lebih kurang gitu ler.. Pakcik tu mula lembut sket.. tapi dlm lembut2 banyak lak cikadak dia.. dia mintak aku bayar sewa teksi la.. bla..bla..bla.. Aku pun tak cakap banyak.. settlekan bil pakcik tu kat apek pomen.. then aku sound pakcik tu.. "sebelum saya kurang ajar dgn pakcik, baik saya blah" dan dengan muka marah yang comel jugak.. aku naik kete dan balik..

KL ujan lebat.. aku tengah blank ni.. kete aku.. huaaa, aku park kete kat tesco. Duk menung, pastu aku turun window shopping sorang2 utk tenangkan otak. Lepas rasa dah penat.. aku pun blah.. isi minyak jap.. then drive balik. Apapepun aku pasrah, aku redha.. memang semuanya tuhan dah tentukan.. adalah hikmahnya tu.. especially assigment aku tu haaa.. dah selamat pun sampai.


Pada kawan-kawan especially to goldsister and husband yang banyak bantu, prihatin dan memberi banyak sokongan dan hasutan yang bernas, also thanks to Ratu Jamu yang tolong top up handphone aku yang tengah histeria mcm nak rak, dan janji nak tolong aku gi repair kete minggu nih.. kepada anak2.. sorry la.. mummy tak sempat nak borak2 semalam.. balik terus tido sampai malam..

Monday, June 16, 2008

Result Yang Sungguh Trajis

Hari jumaat lepas (13/6/08) aku tak sempat mengupdate blog.. bukan tak sempat sebenarnya.. cuma aku takde mood. Pukul 10 pagi, lepas check result exam melalui student's portal.. aku rasa semua organ2 dalaman aku berhenti berfungsi sekejap. Mula2 tangan rasa kebas, pastu mata berpinar-pinar.. pastu mata kelabu dan berat je. Tapi dalam kepala otak aku ni.. duk terpikir2 gak lagi.. kenapa result aku teruk sangat ni beb! Memang la masa sem lepas aku banyak masalah.. tapi masa exam, InsyaAllah aku rasa aku boleh goreng lagi..

Result tu aku perati satu-persatu.. tak puas hati aku call kengkawan inform diaorg pasal result yang dah keluar. Kengkawan pun lepas sorang-sorang call aku mengupdate dan berkongsi result.. mmm memang rata2 pun mendapat keputusan agak mengecewakan berbanding sem2 terdahulu. Yelah, subjek pun makin berat.. tapi semua tu tak berjaya buat aku tenang.. Dah la hari ni aku tak sihat.. pipi sebelah kiri aku bengkak.. muka dah macam kura-kura aku yang dah 2 minggu aku tak lawat tu... baik aku balik je la.. rehat kat rumah.

Pastu aku terima panggilan daripada salah sorang classmate... dia kata markah assignment dia tak dikira oleh lecturer. Aku pun apa lagi.. lepas check balik result kat cyber cafe.. memang sah.. aku punya pun kes yang sama. Cesssss... ini mesti pihak pengurusan dah bagi ilang asgmt aku yang cun tu.. Balik dari cyber cafe.. aku pun menjalankan operasi menggeledah balik slip pengesahan penerimaan tugasan aku... cuak gak mula2 sebab puas aku geledah tak jumpa.. tup-tup aku jumpa dalam handbag lama aku.. Lega sket.. baru la aku boleh senyum sket.. tak banyak la.. pasal pipi aku masih bengkak lagi..

Pagi ni, datang kerja dengan berkobar2.. aku print balik asgmt, dah siap, cuma tinggal nak binding je lagi nih. Harap2 pasni result aku boleh diperbaiki lagi. Kalau tak.. maka bercucuran la lagi sekali air mata aku nih.. huuuuuuuaaaaaaaaa

Friday, June 13, 2008

Serangan Serangga

Semalam aku sampai rumah awal la juga, takde aktiviti menarik.. semuanya macam biasa je. Malam, aku tolong adik buat kerja sekolahnya.. semua tugas kaler mengaler ni memang dah jadi tugas aku la gamaknya.. nak tak nak kenalah buat.. kalau tak, sok meragam tak nak ke sekolah.

Lepas siap keje sekolah.. aku lepak tengok vcd Kabhi Kushi Kabhi Gham yang dah lebih 10 kali anak-anak aku duk ulang.. pasal takde apa nak buat aku layan le jugak sementara menunggu mata aku lelap.. dalam mata aku dah tangkap lentuk nak terlayang, ada pulak benda menguit2 dalam telinga aku ni.. aku pun bingkas bangun dan berlari ke dapur, masukkan air dalam telinga aku ni.. haaaa.. padan muka.. mau lemas spesis yang masuk dlm telinga aku tuh.. Dlm beberapa saat aku kuarkan balik air dlm telinga.. tapi takde apa pun yang kuar..

Lepas acara melemaskan atau percubaan membunuh spesis yang tak dapat dikenalpasti tu.. takdelah lagi rasa benda berjalan2 dalam telinga.. Agaknya spesis tu dah bersemadi dlm telinga aku.. atau mungkin dia cuma nak menumpang tido je... iskhhh.. lupa aku nak kejut dia bangun pagi ni.. Apa la kabo dia yek!!

Pagi ni..
Aku datang keje agak lewat.. bukan aku lewat.. tapi bas yang lewat... Sampai je opis aku terus bukak pc, bukak student portal dengan berdebar-debarnya... Hari ni sepatutnya result aku dah keluar.. tapi dlm portal belum ada apape pun lagi.. Takpe.. jap lagi aku try intai lagi sekali.. aduhhhh tak selera aku nak makan pagi ni.. Risau betul la.. mana tak nya.. semester lepas penuh dengan pelbagai dugaan.. Dah la subjek semuanya mencabar, ada 2 subjek perlukan penyelidikan penuh.. dan aku pulak, sakit sebab terpaksa jalani pembedahan (hehehee.. aku ni sebenarnya create alasan utk diri sendiri..) Harap-harap aku boleh lepas semua paper dengan baik.. Amin

Thursday, June 12, 2008

Lu pikirlah sendiri

Tertarik dengan email yang diforward oleh seorang rakan.. petikan motivasi oleh Datuk Dr. Fadilah Kamsah:-

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."

Jadi renungi lah :-
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah...Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik? Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain. Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Syukur Ku Sedar

Mata ku pejam untuk ku tahan
Tangis ku ingin berpanjangan
Makin ku lawan makin ku ronta
Tangisku luruh bercucuran

Berkilau cahaya di ufuk pandangan
Masih ku nampakkan
Wajahmu yang ku rindu-rindukan

Baru ku sedar kenapa tercipta kesepian
Kenapa hidup harus berpasangan
Kerana Tuhan mahu menyatakan
CintaNya...Kepada kita insan

Makin ku lawan makin ku sedih
Tangis ku tangis berlarutan
Sandaran asmara hanyalah harapan
Esok ku dambakan
Di sisimu tak lagi ku angan

Baru ku sedar kenapa tercipta kesepian
Kenapa hidup harus berpasangan
Kerana Tuhan mahu menyatakan
CintaNya...Kepada kita insan...

Syukur kusedar sebelum bercerai nyawa badan
Sempatlah diri buat perhitungan
Janganlah pulang dengan kekesalan
Cintanya...tak pernah ku agungkan

Kung Fu Panda

Semalam aku bawak anak-anak keluar makan. Niat dihati utk celebrate sebab kakak dapat pencapaian yang baik dlm exam. Sampai kat Jusco, plan nak makan2 terus bertukar kepada tengok wayang.. Tu pun atas permintaan si kakak tu la.. So kitaorg tengok cerita Kung Fu Panda.

Memang berbaloi la tengok cerita tu.. Enjoy dari mula sampai akhir cerita.. Gelak je, tak kering gusi. Si adik plak, mcm biasa la.. tak sampai pertengahan cerita dah tido. Dia ni pergi tengok wayang semata-mata nak makan pop corn dan corn in cup yang menjadi fav dia tu. Lepas complete makan, sure lelap punya.. Satu hal nak mendukung dari panggung sampai ke kereta. Nasib baik aku bawak bodyguard semalam. Kitaorg sampai rumah dlm pukul 10:30, anak2 semua dah bongkang tido dari dalam kereta lagi. Balik rumah, aku pun cuci muka dan sambung tengok TV. Mata ni tak boleh lelap la pulak.. esok nak kena bangun bagi.. Kalau mata tak lelap ni, mula la otak aku melilau pikirkan macam2 benda.

Dan pagi ni.. aku dengan huru hara dan kelam kabut mandi dan iron baju.. aduihhh napelah alarm handphone aku tak bunyi.. cehhh rupanya silence mode semalam aku tukar dalam wayang, lupa nak setkan normal balik..

Tuesday, June 10, 2008

Kenapa Aku Perlu Tulis Blog

1. Pasal semua kengkawan dah ada blog..

2. Asyik baca blog orang.. now aku nak orang baca blog aku plak

3. Boleh melepaskan perasaan.. aku kan jiwang sket

4. Boleh tempek gambar-gambar koleksi peribadi untuk dieksyen kepada korang

5. Untuk melegakan otak aku yang sentiasa tepu ni..