Friday, January 30, 2009

Tabik springgggg....

Aku tak la pandai menulis, apatah lagi utk bermadah pujangga. Pendek kata tak kreatif dalam soal berkarya ni. Seingat aku, dalam seumur hidup, hanya sekali aku pernah menulis sajak. Itu pun boleh dikatakan sajak bidan terjun.

Ceritanya macam ni.. waktu tu unit kesatria buat aktiviti dengan beberapa kampus, shah alam, pahang, melaka dan perak..Masa tu aku memegang jawatan paling tinggi dalam unit kesatria iaitu Komander Kanan. Jawatan tertinggi ni hanya dijawat oleh 3 org komander sahaja termasuk aku.. dan kesemua kami adalah wanita... Masa tu memang rasa bangga gile la.. mau tak nya.. komander-komander bawahan diwajibkan tabik pada aku setiap kali bertembung..

Dipendekkan cerita, unit kesatria telah adakan aktiviti meredah hutan di Pahang.. aku tak ingat sangat nama tempat tu.. tapi mmg cantik gile... Sungai dia memang jernih sebab hutan ni belum diterokai.. Waktu meredah hutan, kami perlu mencari beberapa check point mengikut arah kompas. Setiap kumpulan hanya dibekalkan satu kompas. Kat setiap check point plak ada la pelatih2 yang bertugas .. keja diaorg ni membuli kitaorg yang lalu kat kawasan tu. Mcm2 bendalah.. yang aku paling ingat.. kami kena berendam dalam sungai. dan hanya kepala je yg dibenarkan nampak dipermukaan air dan kena plak menyanyi lagu "Setia" lirik dia camni..."demi negara.. yang tercinta.. dicurahkan bakti penuh setia....... " Dalam gigil2 tu.. suara masing2 dah tentulah sumbang mambang.. tapi belasah gak nyanyi..

Bukan tu aje.. kitaorg kena carik 3 ekor pacat, seekor gonggok, etc dan mengarang sebuah sajak bertemakan alam sekitar. Dalam semua duk kalut mencarik barang2 ni.. takde sapa pun pedulik sajak utk group kitaorg.. jadi aku yg dlm keadaan basah lenjun dek kena berendam tu pun mula la memerah otak sambil redah hutan utk menghasilkan sajak. Last sekali, waktu semua kumpulan dah berkumpul, setiap kumpulan perlu membacakan sajak masing-masing la.. Sajak aku dideklamasikan oleh sorang budak Shah Alam.. aku dah lupa dah nama dia. Tak sangka, sajak aku dapat pujian dan jadi sajak terbaik ...

Rugi aku tak simpan sajak tu.. walaupun pada aku sajak tu mcm poyo je.. kira ok gak ler.. percubaan pertama yang menjadi. Walaupun itulah sajak aku yang pertama dan terakhir..

Aku hanya ingat intro sajak tu je ..

Gonggok tersenyum girang..
Mergastua bersahut riang..
Bagai menyambut pencinta alam...

Lebih kurang cenggini la bunyik dia.. hehehe poyo je kan.. Sajak ni sebenarnya tentang hutan yang didiami oleh pelbagai binatang.. pastu tercemar.. pastu binatang suma sedih.. aku tak ingat la cara aku olahkan sajak ni.. cuma tukang deklamasi tu mmg terer le.. dia bagi baik punya.. terpegun org dengar.. secara tak langsung.. aku pun dpt nama gak ler..