Wednesday, December 31, 2008

Every sunset gives us 1 day less to live
but every sunrise gives us 1 day more to hope.
So, always hope for the best.

Wednesday, December 24, 2008

Selamat Hari Lahir

Hari ni hari lahir ex-husband aku.. Aku tak pernah lupakan birthday dia sebabnya, tarikh birthday kitaorg dekat je, cuma selang 8 hari. Di kesempatan ini, aku ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 35 tahun untuk dia. Semoga Tuhan Panjangkan Umur, Murahkan Rezeki, Sihat dan bahagia sentiasa. Amin.
Syukur Ku Sedar


Mata ku pejam
Untuk ku tahan
Tangis ku ingin berpanjangan
Makin ku lawan
Makin ku ronta
Tangisku luruh bercucuran


Berkilau cahaya di ufuk pandangan
Masih ku nampakkan
Wajahmu…yang ku rindu-rindukan


Baru ku sedar kenapa tercipta kesepian
Kenapa hidup harus berpasangan
Kerana Tuhan mahu menyatakan
CintaNya…
Kepada kita insan…


Makin ku lawan
Makin ku sedih
Tangis ku tangis
Berlarutan


Sandaran asmara
Hanyalah harapan
Esok ku dambakan
Di sisimu…
Tak lagi ku angan..


Baru ku sedar kenapa tercipta kesepian
Kenapa hidup harus berpasangan
Kerana Tuhan mahu menyatakan
CintaNya…
Kepada kita insan…


Syukur kusedar sebelum bercerai nyawa badan
Sempatlah diri buat perhitungan
Janganlah pulang dengan kekesalan
Cintanya…tak pernah ku agungkan

Air Mata

Kata orang airmata boleh cuci mata... tapi nape kassim selamat jadi buta plak daaa... mungkin terlebih cuci agaknya. Dan pagi ni sebenarnya aku pun dah cuci mata sebersih2nya.. Tapi tak pulak aku rasa terang mata ni.. aku masih lagi rabun dekat.. hehehe..

Cerita pasal "cuci mata" di pagi hari.. mungkin gak pasal hormon sensitif aku ni dah sampai... Almaklumlah.. bulan tengah mengambang... Secara umumnya, airmata boleh keluar kalau kita sedih, sakit hati, gembira, selsema, ngantuk dan sebagainya (tapi aku pelik sket.. dlm satu keadaan yang tak boleh aku ceritakan.. pun airmata aku boleh keluar).

Kalau difikir-fikirkan pernah ke airmata aku keluar mengikut kategori-kategori yang aku sebut tadi.. hehehe.. airmata pun ada kategori.. dasat sunggohhh...

* Airmata gembira - Bukan waktu menang award la kan.. sebab yang pastinya aku tak pernah dpt apape award, dpt duit ribu riban atau rumah banglo ke... Cuma takat juara karaoke tu aku pernah ler.. tak ler sampai kuar air mata.. tapi terlompat2 le jugak... Rasanya untuk kategori ini, airmata aku bleh keluar kalau masa aku tergelak terbahak terbahak terbahak.. keh keh keh.. Especially dengan geng-geng merapu.. bila masing2 dah menokok tambah cite, kutuk mengutuk.. maka gelak beso sampai kuar airmata ler.. Kalau takat tengok cite wayang ke.. cite tv ke.. baca komik ke.. aku ni susah sket nak gelak.. paling kuat ku sengih je le..


* Airmata sedih - Banyak perkara yang boleh buat aku sedih pasal aku ni memang jenis "emo" sket. Tengok TV nangis, result exam tak best pun nangis,

* Airmata sakit hati - Waktu bos marah2 aku tanpa sebab dan aku tak bley melawan balik... takat menjawab dlm hati je. Lagi satu... waktu "si dia" buat perangai dan aku tegur, jadi perang besar.. katanya kalau sayang kena terima dia seadanya.. bla..bla..bla.. bila aku pendam dlm hati plak, dia kata dalam hubungan kena saling terus terang.. tegur menegur.. jgn pendam pasal boleh menjejaskan hubungan, boleh pudarkan kasih sayang.. Mana satu aku nak ikut nih??? jadi sampai bebila pun aku kena telan ler gamaknya.. sayang punya pasal... boley ke camtu??? Aduhhhh sakitnya ati... takpe.. tahan.. tahan..


* Airmata waktu tak sihat - Selalunya waktu aku demam, bersin-bersin dan batuk. Memang airmata aku akan kuar la walaupun aku tak nangis..

* Airmata ngantuk - Sejak dari kecik, kalau aku ngantuk je.. mulalah airmata aku ni keluar.. tak la meleleh-leleh.. Lagi lak, time-time menguap tu.. bertakung je airmata.. aku pun tak tau apasal.. korang ada alami tak?

* Airmata waktu "rahsia" ... yang ni aku tak boleh cite le.. keh keh keh.. *jgn plak korang pikir senget*

Thursday, December 4, 2008

Fikir-fikirkan..

Selalu aku dengar, anak-anak mewarisi sifat diri kita sewaktu zaman kita kanak-kanak dulu. Maknanya, kalau masa kecil kita nakal, jadi jgn la marah atau tertanya-tanya kenapa anak nakal. Ada betulnya..



Bila aku perhatikan di antara kedua-dua anak aku ni, rasanya yang bongsu lebih "menurun" sifat-sifat aku. Kadang-kadang karenahnya boleh membuat aku senyum sorang-sorang. Yang paling ketara, memang si bongsu liat ke sekolah tapi sangat rajin membuat kerja-kerja rumah. Teringat, betapa susahnya mak nak memastikan aku ke sekolah tiap hari. Waktu rehat, mak terpaksa datang hantar makanan untuk aku, kalau tak maka seharian aku tak mkn, tak minum atau buang air. Pokoknya, segala-galanya mak aku kena uruskan waktu time rehat. Bukan tu aje, masa dah masuk IPT pun, perangai aku tak berubah... setiap kali habis cuti sem, aku mesti nangis utk balik masuk asrama. Teruk betul perangai aku nih..



Berbalik kepada kisah anak bongsu aku sorang ni.. walaupun dia malas ke sekolah, dia ni seorang yang prihatin, pengasih, ringan tulang waktu di rumah. Memang bab ni, nampak macam dia jauh matang dari usia dia yang sebenar.



Anak sulung pulak, bab kerja-kerja rumah memang dia liat, tapi dlm pelajaran memang dia bijak. Dan yang pasti, kebijakkan ni bukan diwarisi dari pihak aku la.. hehehe... Kakak jenis pandai bergaul, tidak pemalu, suka mengambil bahagian dalam apa2 aktiviti, suka menari & menyanyi (walaupun kurang berbakat) dan ada seni dalam lukisan.




Jadi, bukan semua anak akan mewarisi sifat kita.. Aku percaya setiap manusia kat dunia ni, dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan mereka sendiri... Aku pun tak rela anak2 aku mewarisi semua sifat-sifat aku... especially sifat "berangin" aku ni.. Sebagai ibu, aku sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak aku.. .. Amin.

Wednesday, December 3, 2008

Demam

Demam lagi.. semalam balik awal.. sebab dah tak larat sangat. Hari ni dah ok sket.. tapi belum 100% la. Kepala masih weng lagi nih..

Tuesday, December 2, 2008

Insaf seketika @ selamanya??

Pagi ni rasa badan betul2 tak sihat, demam dari mlm semalam. Ingat nak MC je hari ni. Alarm handphone yang memang aku dah set berbunyi2 lak.. lepas satu handphone, satu lagi handphone bunyik. Nak tak nak, terpaksa gak aku bangun utk off kan alarm. Tengok ada satu sms yang belum berbaca. SMS dari Goldsister, rupanya ada sorang rakan satu office yang meninggal dunia jam 3 pagi semalam. Arwah accident kereta, dengar khabar memang teruklah keadaan arwah masa tu, kereta pun hancur. Innalillah.. Semoga Roh beliau di cucuri RahmatNya. Alfatihah..

Dan kat highway pagi tadi, ada kemalangan ngeri gak.. jam teruk dari susur keluar Seremban hingga ke Labu. Ada sebuah kereta berkecai dan terbakar. Aku sempat jenguk luar bas, tengok BOMBA tengah tungkus lumus padamkan api kereta. Bila tengok accident, insaflah kejap, rasa nak hati2 bawak kereta, especially bila terkenangkan anak2 kat rumah. Kalau aku mati, sapalah nak jaga diaorg nanti yek!!