Wednesday, December 31, 2008

Every sunset gives us 1 day less to live
but every sunrise gives us 1 day more to hope.
So, always hope for the best.

Wednesday, December 24, 2008

Selamat Hari Lahir

Hari ni hari lahir ex-husband aku.. Aku tak pernah lupakan birthday dia sebabnya, tarikh birthday kitaorg dekat je, cuma selang 8 hari. Di kesempatan ini, aku ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 35 tahun untuk dia. Semoga Tuhan Panjangkan Umur, Murahkan Rezeki, Sihat dan bahagia sentiasa. Amin.
Syukur Ku Sedar


Mata ku pejam
Untuk ku tahan
Tangis ku ingin berpanjangan
Makin ku lawan
Makin ku ronta
Tangisku luruh bercucuran


Berkilau cahaya di ufuk pandangan
Masih ku nampakkan
Wajahmu…yang ku rindu-rindukan


Baru ku sedar kenapa tercipta kesepian
Kenapa hidup harus berpasangan
Kerana Tuhan mahu menyatakan
CintaNya…
Kepada kita insan…


Makin ku lawan
Makin ku sedih
Tangis ku tangis
Berlarutan


Sandaran asmara
Hanyalah harapan
Esok ku dambakan
Di sisimu…
Tak lagi ku angan..


Baru ku sedar kenapa tercipta kesepian
Kenapa hidup harus berpasangan
Kerana Tuhan mahu menyatakan
CintaNya…
Kepada kita insan…


Syukur kusedar sebelum bercerai nyawa badan
Sempatlah diri buat perhitungan
Janganlah pulang dengan kekesalan
Cintanya…tak pernah ku agungkan

Air Mata

Kata orang airmata boleh cuci mata... tapi nape kassim selamat jadi buta plak daaa... mungkin terlebih cuci agaknya. Dan pagi ni sebenarnya aku pun dah cuci mata sebersih2nya.. Tapi tak pulak aku rasa terang mata ni.. aku masih lagi rabun dekat.. hehehe..

Cerita pasal "cuci mata" di pagi hari.. mungkin gak pasal hormon sensitif aku ni dah sampai... Almaklumlah.. bulan tengah mengambang... Secara umumnya, airmata boleh keluar kalau kita sedih, sakit hati, gembira, selsema, ngantuk dan sebagainya (tapi aku pelik sket.. dlm satu keadaan yang tak boleh aku ceritakan.. pun airmata aku boleh keluar).

Kalau difikir-fikirkan pernah ke airmata aku keluar mengikut kategori-kategori yang aku sebut tadi.. hehehe.. airmata pun ada kategori.. dasat sunggohhh...

* Airmata gembira - Bukan waktu menang award la kan.. sebab yang pastinya aku tak pernah dpt apape award, dpt duit ribu riban atau rumah banglo ke... Cuma takat juara karaoke tu aku pernah ler.. tak ler sampai kuar air mata.. tapi terlompat2 le jugak... Rasanya untuk kategori ini, airmata aku bleh keluar kalau masa aku tergelak terbahak terbahak terbahak.. keh keh keh.. Especially dengan geng-geng merapu.. bila masing2 dah menokok tambah cite, kutuk mengutuk.. maka gelak beso sampai kuar airmata ler.. Kalau takat tengok cite wayang ke.. cite tv ke.. baca komik ke.. aku ni susah sket nak gelak.. paling kuat ku sengih je le..


* Airmata sedih - Banyak perkara yang boleh buat aku sedih pasal aku ni memang jenis "emo" sket. Tengok TV nangis, result exam tak best pun nangis,

* Airmata sakit hati - Waktu bos marah2 aku tanpa sebab dan aku tak bley melawan balik... takat menjawab dlm hati je. Lagi satu... waktu "si dia" buat perangai dan aku tegur, jadi perang besar.. katanya kalau sayang kena terima dia seadanya.. bla..bla..bla.. bila aku pendam dlm hati plak, dia kata dalam hubungan kena saling terus terang.. tegur menegur.. jgn pendam pasal boleh menjejaskan hubungan, boleh pudarkan kasih sayang.. Mana satu aku nak ikut nih??? jadi sampai bebila pun aku kena telan ler gamaknya.. sayang punya pasal... boley ke camtu??? Aduhhhh sakitnya ati... takpe.. tahan.. tahan..


* Airmata waktu tak sihat - Selalunya waktu aku demam, bersin-bersin dan batuk. Memang airmata aku akan kuar la walaupun aku tak nangis..

* Airmata ngantuk - Sejak dari kecik, kalau aku ngantuk je.. mulalah airmata aku ni keluar.. tak la meleleh-leleh.. Lagi lak, time-time menguap tu.. bertakung je airmata.. aku pun tak tau apasal.. korang ada alami tak?

* Airmata waktu "rahsia" ... yang ni aku tak boleh cite le.. keh keh keh.. *jgn plak korang pikir senget*

Thursday, December 4, 2008

Fikir-fikirkan..

Selalu aku dengar, anak-anak mewarisi sifat diri kita sewaktu zaman kita kanak-kanak dulu. Maknanya, kalau masa kecil kita nakal, jadi jgn la marah atau tertanya-tanya kenapa anak nakal. Ada betulnya..



Bila aku perhatikan di antara kedua-dua anak aku ni, rasanya yang bongsu lebih "menurun" sifat-sifat aku. Kadang-kadang karenahnya boleh membuat aku senyum sorang-sorang. Yang paling ketara, memang si bongsu liat ke sekolah tapi sangat rajin membuat kerja-kerja rumah. Teringat, betapa susahnya mak nak memastikan aku ke sekolah tiap hari. Waktu rehat, mak terpaksa datang hantar makanan untuk aku, kalau tak maka seharian aku tak mkn, tak minum atau buang air. Pokoknya, segala-galanya mak aku kena uruskan waktu time rehat. Bukan tu aje, masa dah masuk IPT pun, perangai aku tak berubah... setiap kali habis cuti sem, aku mesti nangis utk balik masuk asrama. Teruk betul perangai aku nih..



Berbalik kepada kisah anak bongsu aku sorang ni.. walaupun dia malas ke sekolah, dia ni seorang yang prihatin, pengasih, ringan tulang waktu di rumah. Memang bab ni, nampak macam dia jauh matang dari usia dia yang sebenar.



Anak sulung pulak, bab kerja-kerja rumah memang dia liat, tapi dlm pelajaran memang dia bijak. Dan yang pasti, kebijakkan ni bukan diwarisi dari pihak aku la.. hehehe... Kakak jenis pandai bergaul, tidak pemalu, suka mengambil bahagian dalam apa2 aktiviti, suka menari & menyanyi (walaupun kurang berbakat) dan ada seni dalam lukisan.




Jadi, bukan semua anak akan mewarisi sifat kita.. Aku percaya setiap manusia kat dunia ni, dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan mereka sendiri... Aku pun tak rela anak2 aku mewarisi semua sifat-sifat aku... especially sifat "berangin" aku ni.. Sebagai ibu, aku sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak aku.. .. Amin.

Wednesday, December 3, 2008

Demam

Demam lagi.. semalam balik awal.. sebab dah tak larat sangat. Hari ni dah ok sket.. tapi belum 100% la. Kepala masih weng lagi nih..

Tuesday, December 2, 2008

Insaf seketika @ selamanya??

Pagi ni rasa badan betul2 tak sihat, demam dari mlm semalam. Ingat nak MC je hari ni. Alarm handphone yang memang aku dah set berbunyi2 lak.. lepas satu handphone, satu lagi handphone bunyik. Nak tak nak, terpaksa gak aku bangun utk off kan alarm. Tengok ada satu sms yang belum berbaca. SMS dari Goldsister, rupanya ada sorang rakan satu office yang meninggal dunia jam 3 pagi semalam. Arwah accident kereta, dengar khabar memang teruklah keadaan arwah masa tu, kereta pun hancur. Innalillah.. Semoga Roh beliau di cucuri RahmatNya. Alfatihah..

Dan kat highway pagi tadi, ada kemalangan ngeri gak.. jam teruk dari susur keluar Seremban hingga ke Labu. Ada sebuah kereta berkecai dan terbakar. Aku sempat jenguk luar bas, tengok BOMBA tengah tungkus lumus padamkan api kereta. Bila tengok accident, insaflah kejap, rasa nak hati2 bawak kereta, especially bila terkenangkan anak2 kat rumah. Kalau aku mati, sapalah nak jaga diaorg nanti yek!!

Friday, November 28, 2008

Selamat Pengantin Baru....

Bulan Nov dan bulan Dec ni mmg banyak undangan perkahwinan. Esok je, ada 3 jemputan.. Bulan Dec ada lagi 2 jemputan yang juga kena pada tarikh yang sama. Mmmmm susah nak pilih nih..

Kepada sahabat handai yang ingin atau baru je melansungkan perkahwinan, Selamat Pengantin Baru buat kalian.. Kopak duit aku (kesat peluh kat dahi) keh keh keh..

Bosan..

Pagi ni aku dtg kerja awal.. dlm kul 7:30 dah sampai. Terus aku clearkan meja aku yang serabut pasal petang semalam aku memang busy giler. Hari ni banyak benda yang nak disettlekan.. yelah sok dah cuti. Sok pulak aku nak ke Melaka sebab sepupu aku kawin..

Bosannya hari ni..

Thursday, November 27, 2008

Sama tapi tak serupa



Dewangga Sakti (Gambar Atas)... adalah kumpulan muzik tradisional yang terdiri daripada anak-anak muda berbakat. Pemain gambus kumpulan ini, Saudara Zulkifli Ramli adalah salah seorang rakan sekerja aku. Kebanyakan lagu dlm album ni adalah hasil ciptaan beliau. Kalau ada yang berminat untuk membuat tempahan, boleh hubungi talian 013-2078407 (buat promosi utk kengkawan sket).
Dewangga Sakti (Gambar Bawah).. adalah sebuah novel tulisan Serunai Fakir. Aku masih belum berkesempatan membaca novel ni. Namun, gambar kulit buku ni memang menarik.. mengingatkan aku pada cerita "Never Ending Story"

Doktor Fish

Korang pernah try tak rendam kaki bagi makan ikan.. alah yg Doktor Fish tu.. Haritu aku pergi try ler rendam kaki.. punyalah banyak ikan hurung kaki aku. According tu kakak yg jaga kat situ, dia kata kalau banyak ikan hurung maknanya banyak la toksid atau sel2 mati kat kaki aku tuh.. Patut ler aku ni asyik sakit je.. Pasni, jgn ikan yg makan sel2 aku tu sakit udah ler...


Masa mula2 celup kaki dlm kolam tu.. mmg geli giler la.. Dah la aku bayar utk setengah jam.. jgn kata 1/2 jam.. seminit pun aku blm tentu boleh handle lagi.. Abis ler org kat sebelah aku tuh kena cubit sebab aku nak menahan geli.. rasa nak terkucil pun ada.. Utk tak rasa geli sangat.. aku buat2 tak hingat ler konon.. pandang kat kedai2 depan kolam tu.. tapi tak mampu ler.. memang aku ni penggeli.. Dah ler org bayo kan.. so nak tak nak.. aku celup gak.. puas mengetap bibir, gigit jari, cubit org.. memang semua yg lalu kat situ pelik tengok aku.. terkulat2 kat situ..




Setengah jam yang sengsara...

Sepi
Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati....aku sepi
Biar senyum hadir dihariku
Namun ini hanya
Ada di bibir.. di bibir saja
Aku ini....yang biasa mengerti
Walaupun yang lain...mau mengerti
Namun berat beban dihidupku
Biarkan saja... biar saja
Hanya ku yang tahu
Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap kuberdiri Oh...
Ada saatnya kubicara
Bila hatiku telah bulat
Sepanjang kubisa atasi semua
Aku tetap diam
Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap kuberdiri
Ada saatnya kubicara
Bila hatiku telah bulat
Sepanjang kubisa atasi semua......
Aku tetap diam...

Gundah gulana...

Hati aku sayu je pagi nih.. Bukan pagi ni je.. sebenarnya since malapetaka tu terjadi sabtu lepas. Aku bukan jenis ambil kisah sangat pasal perselisihan faham dengan adik beradik ni.. paling kuat pun aku akan diam dlm sehari dua.. pastu aku lupakan. Tapi kali ni, bila orang tu berani ganggu parents aku, aku rasa tercabar. Sebagai anak, aku rasa kalau aku ada waktu kejadian.. mau aku bertumbuk dengan org tu. Kalah menang belakang kira.. yang penting, aku dah pun jalankan tanggungjawab aku sebagai anak. Aku tak suka orang memaki hamun mak ayah aku sendiri. Tak sedar dirikah dia? Bodohkah dia? Tahu tak betapa besarnya dosa seorang anak walaupun hanya meninggikan suara pada ibu bapa, inikan pula memaki hamun mcm orang gile...

Sakitnya hati aku nih.. lebih dari sakit.. sedih, protes, macam2 lagi la.. kenapa dia buat mak aku macam ni. Kalau dia bencikan aku.. fine.. dia dah pun putuskan silaturrahim aku dgn dia.. aku tak terkilan.. biarlah.. dia yang nakkan macam tu.. tapi kenapa pulak libatkan mak ayah dlm perkara ni.. dah paling keji.. melaga2kan semua dalam family.

Aku hormat mak.. aku tabik sangat.. dia cool je.. walaupun dlm hati dia aku tau dia sedih, terluka.. yelah kalau anak yang kita lahirkan mengata, maki hamun, mau tak sedih. Sedangkan anak aku yang kecik2 tu.. kalau aku tanya, dia buat derk je... mau aku tangankan.. Abah pulak.. mungkin dah immune dengan keadaan ni.. atau dia pun sedih.. nampak dia mcm diam je 2-3 hari ni.

Aku.. perasaan bercampur baur.. happy sebab takde "makhluk asing" yang menempek dan mengganggu ketenteraman kat rumah lagi... Sedih sebab tengok mak dan abah banyak diam.. Kali ini aku tengok mak betul2 tekad.. semua kain baju dan barang2 alien tu dah dipacknya. Dan banyak barang anak2 aku dah transfer ke bilik alien tu. Namun, hati ibu.. walaupun pedih, sedih.. aku syahdu dengar "Walau apa pun dia kata mak, mak tetap maafkan dia.. mak takut.. kalau ditakdirkan dia mati sekarang.. mak tak nak dia mati siksa". Bertakung airmata aku dengar.. Patutlah "Syurga itu ditelapak kaki ibu".. dan aku hampir2 bagi tapak kaki aku kat si Alien tu hari tu.. nasib baik aku masih hormatkan dia sebagai alien tua...

Cuti Semester...

Lama betul aku tak mengunjungi blog... blog aku sendiri. Memang semester ni banyak menguji kesabaran aku.. yelah, mana nak kerja, belajar, layan anak-anak.. dan masalah-masalah dalam family yang betul2 buat kepala aku macam nak pecah. Masalah... selagi hidup, selagi itulah takkan habis.. nama pun manusia.. kalau takde masalah, mungkin tak meriah hidup ni kan.. happy je.. tido senyum, bangun senyum, makan senyum.. ye ke???? Tapi kali ni, hati aku betul2 terusik atas kejadian yang menimpa family aku.. terlalu pahit dan sukar nak dikongsikan dengan sesiapa pun. Biarlah masa yang mengubat segalanya.

Sekarang aku tengah cuti semester... kira lega la sikit dada ni. Bukan senang aku nak free macam ni, so kira aku bayar balik la hutang aku pada anak-anak. Sehari lepas habis je exam, aku menunaikan janji pada "si Kakak".. bawak tengok wayang High School Musical 3. Ni sebab dia maintain semua subject "A" since darjah 1 lagi. Sedikit sebanyak aku kagum dengan anak aku sorang ni. Aku memang tak pernah berkesempatan mengadap atau membantu dia mengulangkaji.. semuanya atas usaha dia sendiri. Jadi aku rasa dia layak dapat ganjaran sket.. So, mlm tu kami berempat (aku, si kakak, adik dan unclenya) gi la TGV. Nak diikutkan.. memang aku penat sangat2.. yelah dah seminggu aku kurang tido, mengadap buku utk exam.. tapi demi anak2 aku gagahkan diri. Ingat.. masa show dah start aku nak layan mata.. sebab cite budak2 ni memang aku tak minat langsung.. Tapi, memang takjublah.. aku berjaya tengok cerita tu sampai abis.. hehehehe.. dan best la jugak.. pasal ada banyak part menari2.. mungkin tu buat mata aku segar..

Beberapa hari lepas tu... kami berempat pergi pulak berkaraoke sambil makan kfc.. kopak...kopak.. takpelah, bukan selalu pun. Mmg bagi chan kat bebudak berdua tu nyanyi.. lagipun aku ni dah semput.. dah takde energy nak nyanyi mcm dulu.. yelah.. usia makin tua.. hehehe.. Mcm mana pun, aku tetap ada peminat setia.. yang sentiasa memuji vokal aku.. tak lain tak bukan... anak2 aku berdua tu ler.. dia je pendengar setia nyanyian sumbang aku nih...

Dua hari lepas pulak.. aku bawak anak2 pergi Fun Fair.. dapatlah patung KungFu Panda hasil dari main dart.. kira terer gak aku ni tau.. anak2 punyalah happy walaupun size panda tu besar sket je dari tapak tangan aku yg comel nih. Malam tu kira aku hangus la RM30.. Pasni kenalah aku ikat perut...

Thursday, August 7, 2008

Corat Coret Percutian

Sepanjang tidak mem"blog" ni, banyak gambar-gambar yang diambil sewaktu percutian di Langkawi, Genting Highland, Cameroon Highland dan Taman Rekreasi Ulu Bendul. Ada juga gambar-gambar yang masih belum sempat di transfer ke dalam PC.












Gambar ni diambil di Strawberry Par, Cameroon Highland. Yang paling best, dpt makan aiskrim yang kaw-kaw pure punya strawberry





Ni pulak gambar-gambar kat Cable Car, Langkawi

Banyak lagi gambar.. nanti continue upload




Friday, July 25, 2008

Sibuk.. betul ke?

Lama rasanya aku tak menulis kat blog. Sebenarnya banyak yang nak dicatatkan di sini.. macam2 bendalah.. tapi tiap kali masuk je dlm office, memang tak menang tangan. Pagi2 ni lah masanya aku nak clearkan meja yang penuh dengan kerja yang tak habis2.

Cuma pagi ni aku curi masa, bukak juga blog. Ni semua gara2 kata-kata yang aku baca dari blog tutor aku.

Untuk mengatakan tiada apa yang istimewa berlaku sepanjang hari adalah sangat mustahil. Kerana kehidupan itu suatu kembara yang indah. Yang menguji setiap perilaku, yang mengajar sesuatu yang baharu. "Betapa sayang tidak mencatat ... kerana yang biasa-biasa hari ini mungkin menjadi sangat istimewa pada hari depan". Petikan dari blog Saudara Rozlan Mohamed Noor (RMN).

Beliau seorang Editor Utusan Publications (juga TINTARONA), berkelulusan Universiti Malaya dalam bidang Penerbitan. Umur beliau tak la jauh bezanya dengan aku, tapi dari cara beliau memberi kuliah, gaya pertuturan memang banyak pengalaman dan terasa jauhnya ketinggalan diri aku ni. Pengalaman seolah-olah melibihi usia sebenar beliau.

Berbalik kepada usaha aku meng"update"kan blog. Sehari selepas menghadiri kuliah beliau pada hari Ahad (20/7) lepas, rasa berkobar-kobar pulak nak menulis semula. Betul jugak kata-kata tutor tu. Tapi bila menjelang je hari Isnin, semangat tu mula turun dan turun dan turun... Mana taknya, rasa tak terkejar dengan bebanan kerja pejabat, letih menguruskan kerja rumah pada waktu cuti.. membantutkan keinginan.

Apa pun.. sebelum mengakhiri minggu ketiga dlm bulan ini, aku rasa perlu membuat beberapa catatan. Sepeninggalan aku tidak menulis blog ni, antara peristiwa yang telah ku lalai:-

1) Kereta aku dah pun selamat direpair dan ditouch up. Boleh la senyum balik.. tapi kopak jugak la duit aku..

2) Bulan lepas aku ke langkawi, percutian keluarga. Mmm kopak lagi. Tapi memang seronok sangat, dapat bawak mak dan anak2 berjalan. Abah pun seronok.. Alhamdulillah, semuanya sihat sewaktu kat sana. Gambar2 belum sempat nak share kat sini... tengok la minggu depan.

3) Pergi melawat Anaconda kat Ulu Bendul. Memang penat gile, sebab untuk tengok ular2 yang dikurung dalam sarang ni, kena mendaki bukit. Sudahnya, hari isnin memang bentan kaki ni tak boleh nak jalan, demam dan sakit2 badan. Gambar juga akan menyusul kemudian.

4) Class dah start.. so life aku dah mula sibuk balik, sabtu mengemas baju dan apape yang patut dan ahad pulak aku ada class dari 9 pagi hingga 6 petang.. Assignment pulak memang banyak gile.. tak start pun lagi nih.




Thursday, June 19, 2008

Dugaan Allah

Semalam aku cuti sebab banyak perkara yang perlu diselesaikan.

Pagi semalam, tiba di KL agak awal.. lepak dulu sebab taknak sampai KWSP terlalu awal.. Pagi ke KWSP uruskan untuk bayar yuran... Lega sebab tak ramai orang dan pegawai kwsp tu memang cekap ler.. Lepas tu, aku pun teruskan mission ke UPM, pergi bayar yuran.. dah settle, gi pulak unit rekod utk buat semakan gred.. pun dah settle. Cuma perlu pass assignment je lagi.. Aku call Dr, tanya dia kat mana.. seboleh-bolehnya aku nak hantar terus kat dia.. senang, tak ler hilang lagi nanti.

Aku yang malang

Sampai kat kete, aku tak lengah lagi.. masuk dan terus undur... yelah, dah lambat nanti lecturer tu blah pulak.. kang tak pasal2 markah aku takde.. penat aku siapkan... tetiba.. kebaboooomm.. eh silap.. bangggggggggg... ada teksi sudah sondol belakang aku daaaa.. aduihhhh.. kete aku.. huaaaa huaaa.. tapi aku control macho lagi.. mission utama aku perlu aku settlekan dulu..

Aku kuar dari kereta masih control comel le.. pakcik.. cool down ekkk apapepun ikut saya dulu..saya nak kena jumpa lecturer ni.. ni lagi penting nihh.. pasal exam. Pakcik tu pun mengekor le kat blakang kete aku.. sambil drive aku pening gak pikir.. camne aku nak bayar pakcik ni.. aku ada RM300 je dlm poket... kete aku.. huaaa kete aku.. Aku lebih pikirkan kete aku sebenarnya.. baru dua bulan aku pakai.. takpelah.. nak buat macam mana.. aku yang cuai tadi.. lagipun mungkin ada aku buat silap.. tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk....

Lepas settle ngan lecturer (tq Dok.. banyak bantu saya)... aku pun follow blakang pakcik ni.. dia berkeras nak repair kete kat UK (bukan united kingdom). Tak kisahlah.. sian pulak.. dah la dari tadi follow aku.. aku pun ikut kan je la.. Sampai je kat kedai cina pomen AU3 tu.. dia mula kuar tanduk.. nak tukar semua baru.. mana boleh jadi ni.. ni amik kesempatan ke atas pompuan yang comel namanya ni.. Aku yang dari mula berlagak cool mula dah menggelegak.. aku sound pakcik tu.. "Pakcik nak saya tlg bayar ke tak.. kalau tak, saya buat police report, claim insurans.. satu sen pun ko jgn nak merasa duit aku kasimmmm" lebih kurang gitu ler.. Pakcik tu mula lembut sket.. tapi dlm lembut2 banyak lak cikadak dia.. dia mintak aku bayar sewa teksi la.. bla..bla..bla.. Aku pun tak cakap banyak.. settlekan bil pakcik tu kat apek pomen.. then aku sound pakcik tu.. "sebelum saya kurang ajar dgn pakcik, baik saya blah" dan dengan muka marah yang comel jugak.. aku naik kete dan balik..

KL ujan lebat.. aku tengah blank ni.. kete aku.. huaaa, aku park kete kat tesco. Duk menung, pastu aku turun window shopping sorang2 utk tenangkan otak. Lepas rasa dah penat.. aku pun blah.. isi minyak jap.. then drive balik. Apapepun aku pasrah, aku redha.. memang semuanya tuhan dah tentukan.. adalah hikmahnya tu.. especially assigment aku tu haaa.. dah selamat pun sampai.


Pada kawan-kawan especially to goldsister and husband yang banyak bantu, prihatin dan memberi banyak sokongan dan hasutan yang bernas, also thanks to Ratu Jamu yang tolong top up handphone aku yang tengah histeria mcm nak rak, dan janji nak tolong aku gi repair kete minggu nih.. kepada anak2.. sorry la.. mummy tak sempat nak borak2 semalam.. balik terus tido sampai malam..

Monday, June 16, 2008

Result Yang Sungguh Trajis

Hari jumaat lepas (13/6/08) aku tak sempat mengupdate blog.. bukan tak sempat sebenarnya.. cuma aku takde mood. Pukul 10 pagi, lepas check result exam melalui student's portal.. aku rasa semua organ2 dalaman aku berhenti berfungsi sekejap. Mula2 tangan rasa kebas, pastu mata berpinar-pinar.. pastu mata kelabu dan berat je. Tapi dalam kepala otak aku ni.. duk terpikir2 gak lagi.. kenapa result aku teruk sangat ni beb! Memang la masa sem lepas aku banyak masalah.. tapi masa exam, InsyaAllah aku rasa aku boleh goreng lagi..

Result tu aku perati satu-persatu.. tak puas hati aku call kengkawan inform diaorg pasal result yang dah keluar. Kengkawan pun lepas sorang-sorang call aku mengupdate dan berkongsi result.. mmm memang rata2 pun mendapat keputusan agak mengecewakan berbanding sem2 terdahulu. Yelah, subjek pun makin berat.. tapi semua tu tak berjaya buat aku tenang.. Dah la hari ni aku tak sihat.. pipi sebelah kiri aku bengkak.. muka dah macam kura-kura aku yang dah 2 minggu aku tak lawat tu... baik aku balik je la.. rehat kat rumah.

Pastu aku terima panggilan daripada salah sorang classmate... dia kata markah assignment dia tak dikira oleh lecturer. Aku pun apa lagi.. lepas check balik result kat cyber cafe.. memang sah.. aku punya pun kes yang sama. Cesssss... ini mesti pihak pengurusan dah bagi ilang asgmt aku yang cun tu.. Balik dari cyber cafe.. aku pun menjalankan operasi menggeledah balik slip pengesahan penerimaan tugasan aku... cuak gak mula2 sebab puas aku geledah tak jumpa.. tup-tup aku jumpa dalam handbag lama aku.. Lega sket.. baru la aku boleh senyum sket.. tak banyak la.. pasal pipi aku masih bengkak lagi..

Pagi ni, datang kerja dengan berkobar2.. aku print balik asgmt, dah siap, cuma tinggal nak binding je lagi nih. Harap2 pasni result aku boleh diperbaiki lagi. Kalau tak.. maka bercucuran la lagi sekali air mata aku nih.. huuuuuuuaaaaaaaaa

Friday, June 13, 2008

Serangan Serangga

Semalam aku sampai rumah awal la juga, takde aktiviti menarik.. semuanya macam biasa je. Malam, aku tolong adik buat kerja sekolahnya.. semua tugas kaler mengaler ni memang dah jadi tugas aku la gamaknya.. nak tak nak kenalah buat.. kalau tak, sok meragam tak nak ke sekolah.

Lepas siap keje sekolah.. aku lepak tengok vcd Kabhi Kushi Kabhi Gham yang dah lebih 10 kali anak-anak aku duk ulang.. pasal takde apa nak buat aku layan le jugak sementara menunggu mata aku lelap.. dalam mata aku dah tangkap lentuk nak terlayang, ada pulak benda menguit2 dalam telinga aku ni.. aku pun bingkas bangun dan berlari ke dapur, masukkan air dalam telinga aku ni.. haaaa.. padan muka.. mau lemas spesis yang masuk dlm telinga aku tuh.. Dlm beberapa saat aku kuarkan balik air dlm telinga.. tapi takde apa pun yang kuar..

Lepas acara melemaskan atau percubaan membunuh spesis yang tak dapat dikenalpasti tu.. takdelah lagi rasa benda berjalan2 dalam telinga.. Agaknya spesis tu dah bersemadi dlm telinga aku.. atau mungkin dia cuma nak menumpang tido je... iskhhh.. lupa aku nak kejut dia bangun pagi ni.. Apa la kabo dia yek!!

Pagi ni..
Aku datang keje agak lewat.. bukan aku lewat.. tapi bas yang lewat... Sampai je opis aku terus bukak pc, bukak student portal dengan berdebar-debarnya... Hari ni sepatutnya result aku dah keluar.. tapi dlm portal belum ada apape pun lagi.. Takpe.. jap lagi aku try intai lagi sekali.. aduhhhh tak selera aku nak makan pagi ni.. Risau betul la.. mana tak nya.. semester lepas penuh dengan pelbagai dugaan.. Dah la subjek semuanya mencabar, ada 2 subjek perlukan penyelidikan penuh.. dan aku pulak, sakit sebab terpaksa jalani pembedahan (hehehee.. aku ni sebenarnya create alasan utk diri sendiri..) Harap-harap aku boleh lepas semua paper dengan baik.. Amin

Thursday, June 12, 2008

Lu pikirlah sendiri

Tertarik dengan email yang diforward oleh seorang rakan.. petikan motivasi oleh Datuk Dr. Fadilah Kamsah:-

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."

Jadi renungi lah :-
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah...Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik? Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain. Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Syukur Ku Sedar

Mata ku pejam untuk ku tahan
Tangis ku ingin berpanjangan
Makin ku lawan makin ku ronta
Tangisku luruh bercucuran

Berkilau cahaya di ufuk pandangan
Masih ku nampakkan
Wajahmu yang ku rindu-rindukan

Baru ku sedar kenapa tercipta kesepian
Kenapa hidup harus berpasangan
Kerana Tuhan mahu menyatakan
CintaNya...Kepada kita insan

Makin ku lawan makin ku sedih
Tangis ku tangis berlarutan
Sandaran asmara hanyalah harapan
Esok ku dambakan
Di sisimu tak lagi ku angan

Baru ku sedar kenapa tercipta kesepian
Kenapa hidup harus berpasangan
Kerana Tuhan mahu menyatakan
CintaNya...Kepada kita insan...

Syukur kusedar sebelum bercerai nyawa badan
Sempatlah diri buat perhitungan
Janganlah pulang dengan kekesalan
Cintanya...tak pernah ku agungkan

Kung Fu Panda

Semalam aku bawak anak-anak keluar makan. Niat dihati utk celebrate sebab kakak dapat pencapaian yang baik dlm exam. Sampai kat Jusco, plan nak makan2 terus bertukar kepada tengok wayang.. Tu pun atas permintaan si kakak tu la.. So kitaorg tengok cerita Kung Fu Panda.

Memang berbaloi la tengok cerita tu.. Enjoy dari mula sampai akhir cerita.. Gelak je, tak kering gusi. Si adik plak, mcm biasa la.. tak sampai pertengahan cerita dah tido. Dia ni pergi tengok wayang semata-mata nak makan pop corn dan corn in cup yang menjadi fav dia tu. Lepas complete makan, sure lelap punya.. Satu hal nak mendukung dari panggung sampai ke kereta. Nasib baik aku bawak bodyguard semalam. Kitaorg sampai rumah dlm pukul 10:30, anak2 semua dah bongkang tido dari dalam kereta lagi. Balik rumah, aku pun cuci muka dan sambung tengok TV. Mata ni tak boleh lelap la pulak.. esok nak kena bangun bagi.. Kalau mata tak lelap ni, mula la otak aku melilau pikirkan macam2 benda.

Dan pagi ni.. aku dengan huru hara dan kelam kabut mandi dan iron baju.. aduihhh napelah alarm handphone aku tak bunyi.. cehhh rupanya silence mode semalam aku tukar dalam wayang, lupa nak setkan normal balik..

Tuesday, June 10, 2008

Kenapa Aku Perlu Tulis Blog

1. Pasal semua kengkawan dah ada blog..

2. Asyik baca blog orang.. now aku nak orang baca blog aku plak

3. Boleh melepaskan perasaan.. aku kan jiwang sket

4. Boleh tempek gambar-gambar koleksi peribadi untuk dieksyen kepada korang

5. Untuk melegakan otak aku yang sentiasa tepu ni..