Lama rasanya aku tak menulis kat blog. Sebenarnya banyak yang nak dicatatkan di sini.. macam2 bendalah.. tapi tiap kali masuk je dlm office, memang tak menang tangan. Pagi2 ni lah masanya aku nak clearkan meja yang penuh dengan kerja yang tak habis2.
Cuma pagi ni aku curi masa, bukak juga blog. Ni semua gara2 kata-kata yang aku baca dari blog tutor aku.
Untuk mengatakan tiada apa yang istimewa berlaku sepanjang hari adalah sangat mustahil. Kerana kehidupan itu suatu kembara yang indah. Yang menguji setiap perilaku, yang mengajar sesuatu yang baharu. "Betapa sayang tidak mencatat ... kerana yang biasa-biasa hari ini mungkin menjadi sangat istimewa pada hari depan". Petikan dari blog Saudara Rozlan Mohamed Noor (RMN).
Beliau seorang Editor Utusan Publications (juga TINTARONA), berkelulusan Universiti Malaya dalam bidang Penerbitan. Umur beliau tak la jauh bezanya dengan aku, tapi dari cara beliau memberi kuliah, gaya pertuturan memang banyak pengalaman dan terasa jauhnya ketinggalan diri aku ni. Pengalaman seolah-olah melibihi usia sebenar beliau.
Berbalik kepada usaha aku meng"update"kan blog. Sehari selepas menghadiri kuliah beliau pada hari Ahad (20/7) lepas, rasa berkobar-kobar pulak nak menulis semula. Betul jugak kata-kata tutor tu. Tapi bila menjelang je hari Isnin, semangat tu mula turun dan turun dan turun... Mana taknya, rasa tak terkejar dengan bebanan kerja pejabat, letih menguruskan kerja rumah pada waktu cuti.. membantutkan keinginan.
Apa pun.. sebelum mengakhiri minggu ketiga dlm bulan ini, aku rasa perlu membuat beberapa catatan. Sepeninggalan aku tidak menulis blog ni, antara peristiwa yang telah ku lalai:-
1) Kereta aku dah pun selamat direpair dan ditouch up. Boleh la senyum balik.. tapi kopak jugak la duit aku..
2) Bulan lepas aku ke langkawi, percutian keluarga. Mmm kopak lagi. Tapi memang seronok sangat, dapat bawak mak dan anak2 berjalan. Abah pun seronok.. Alhamdulillah, semuanya sihat sewaktu kat sana. Gambar2 belum sempat nak share kat sini... tengok la minggu depan.
3) Pergi melawat Anaconda kat Ulu Bendul. Memang penat gile, sebab untuk tengok ular2 yang dikurung dalam sarang ni, kena mendaki bukit. Sudahnya, hari isnin memang bentan kaki ni tak boleh nak jalan, demam dan sakit2 badan. Gambar juga akan menyusul kemudian.
4) Class dah start.. so life aku dah mula sibuk balik, sabtu mengemas baju dan apape yang patut dan ahad pulak aku ada class dari 9 pagi hingga 6 petang.. Assignment pulak memang banyak gile.. tak start pun lagi nih.
Friday, July 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Dedikasi pada tulisan merah menguja dan menyentap rasa. Kembang kempes pulak rasanya hidung saya.
Walau apapun, selamat berusaha. semoga maju jaya dalam apa jua lapangan.
Salam aidilfitri...
Terima kasih tuan atas sokongan.. maaf saya baru je baca komen tuan.. sibuk dengan exam baru-baru ni.
Post a Comment