Thursday, December 4, 2008

Fikir-fikirkan..

Selalu aku dengar, anak-anak mewarisi sifat diri kita sewaktu zaman kita kanak-kanak dulu. Maknanya, kalau masa kecil kita nakal, jadi jgn la marah atau tertanya-tanya kenapa anak nakal. Ada betulnya..



Bila aku perhatikan di antara kedua-dua anak aku ni, rasanya yang bongsu lebih "menurun" sifat-sifat aku. Kadang-kadang karenahnya boleh membuat aku senyum sorang-sorang. Yang paling ketara, memang si bongsu liat ke sekolah tapi sangat rajin membuat kerja-kerja rumah. Teringat, betapa susahnya mak nak memastikan aku ke sekolah tiap hari. Waktu rehat, mak terpaksa datang hantar makanan untuk aku, kalau tak maka seharian aku tak mkn, tak minum atau buang air. Pokoknya, segala-galanya mak aku kena uruskan waktu time rehat. Bukan tu aje, masa dah masuk IPT pun, perangai aku tak berubah... setiap kali habis cuti sem, aku mesti nangis utk balik masuk asrama. Teruk betul perangai aku nih..



Berbalik kepada kisah anak bongsu aku sorang ni.. walaupun dia malas ke sekolah, dia ni seorang yang prihatin, pengasih, ringan tulang waktu di rumah. Memang bab ni, nampak macam dia jauh matang dari usia dia yang sebenar.



Anak sulung pulak, bab kerja-kerja rumah memang dia liat, tapi dlm pelajaran memang dia bijak. Dan yang pasti, kebijakkan ni bukan diwarisi dari pihak aku la.. hehehe... Kakak jenis pandai bergaul, tidak pemalu, suka mengambil bahagian dalam apa2 aktiviti, suka menari & menyanyi (walaupun kurang berbakat) dan ada seni dalam lukisan.




Jadi, bukan semua anak akan mewarisi sifat kita.. Aku percaya setiap manusia kat dunia ni, dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan mereka sendiri... Aku pun tak rela anak2 aku mewarisi semua sifat-sifat aku... especially sifat "berangin" aku ni.. Sebagai ibu, aku sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak aku.. .. Amin.

5 comments:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Anak dilahirkan bersih, maka dengan didikan kitalah akan menentukan sifat dan perlakuannya. Melainkan sifat2 genatik yang dibawa.

Anak saya, menurun sifat lawak jenaka...mungkin juga kerana suasana seharian di rumah yang penuh dgn lawak jenaka! hahahaaa

Sagitarius said...

Bila bandingkan gambar anak sekarang dan gambar saya sewaktu kecil, memang saling tak tumpah. Anak2 RMN mirip siapa?

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

mamanya mungkin...kerana anak perempuan. Lagi, takut tak cantik menurun saya lebih2. hehehe

Sagitarius said...

Apa salahnya kalau ikut tuan pun.. "cantik" terlalu universal. Cantik budi bahasa, tingkah laku dan sebagainya.. Bukan nak kata tuan tak cantik paras rupa..hahaha

Aku said...

teringat kata2 suami kepada kakak yang sulong.."kita nak sangat anak2 ikut perangai kita. kalau kita pandai mengaji, jadi tahfiz cthnye..kita nak anak kita mcm tu. bila dia jadi lain yang kita harapkan, kita tak boleh terima. sebenarnya anak2 ini dilahirkan dengan character dia yang tersendiri. bukan semua boleh jadi mcm kita. kalau kita doktor, jgn kita harapkan anak juga ikut jejak langkah kita.setiap anak ada bakatnya yang tersendiri."

-ros-