Wednesday, December 24, 2008

Syukur Ku Sedar


Mata ku pejam
Untuk ku tahan
Tangis ku ingin berpanjangan
Makin ku lawan
Makin ku ronta
Tangisku luruh bercucuran


Berkilau cahaya di ufuk pandangan
Masih ku nampakkan
Wajahmu…yang ku rindu-rindukan


Baru ku sedar kenapa tercipta kesepian
Kenapa hidup harus berpasangan
Kerana Tuhan mahu menyatakan
CintaNya…
Kepada kita insan…


Makin ku lawan
Makin ku sedih
Tangis ku tangis
Berlarutan


Sandaran asmara
Hanyalah harapan
Esok ku dambakan
Di sisimu…
Tak lagi ku angan..


Baru ku sedar kenapa tercipta kesepian
Kenapa hidup harus berpasangan
Kerana Tuhan mahu menyatakan
CintaNya…
Kepada kita insan…


Syukur kusedar sebelum bercerai nyawa badan
Sempatlah diri buat perhitungan
Janganlah pulang dengan kekesalan
Cintanya…tak pernah ku agungkan

3 comments:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Emmm... sedang mentafsir makna di sebalik kata. Lama tak jenguk sini. Well, apa khabar? Saya tidak lagi mengajar utk semster hadapan (this coming sem), atas halangan tugas dan jadual yang ketat. Mungkin semester satu lagi...ya!

Good luck, have a nice day. Owh...Congrat!! Pandainyeeerr... dapat A yer?

Sagitarius said...

Sihat dan makin "sihat" skrg ni. Kalau umur panjang dan ada rezeki, dapat la jumpa tuan RMN di semester lagi satu sebelum saya bergraduat, InsyaAllah..

Terima kasih sekali lagi

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Bila2 saja boleh jumpa saya, tidak semestinya di kelas. Selamat tahun baru semoga hidup terus suksess. Sama2 kita doakan yang baik2.