
Demam.. balik2 demam.. agaknya antibodi aku ni makin menurun. Kalau dihitung memang rasanya tiap bulan aku dan si kecik akan demam. Kali ni agak teruk dan paling lama. Last week start demam hari rabu, tonsil bengkak dan ulser, doktor bagi aku mc 2 hari. Jumaat tu dah start kerja.. tapi sebelah malam, demam makin teruk dan mula selsema + batuk. Sabtu dan ahad, memang lembik je kat rumah pasal dah semput pulak.. Isnin dan hari2 seterusnya terpaksa juga kuatkan hati utk pegi kerja pasal kerja tengah berlambak-lambak. Bila la demam nak baik, aku rasa aku perlukan rehat.. Time-time camni, mula la terfikir.. kan best kalau dapat duk kat kampung.. tenang.. hijau.. bestnyaaaaaa...

2 comments:
kalau nak lagi hijau, datang kampung i la...sekarang ni musim menanam padi..
ye ke.. jom
Post a Comment